PERANAN PELAJAR DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN MELALUI INTEGRASI BUDAYA.

 

DUA 6022

KOMUNIKASI & PENYIARAN DALAM ISLAM


NAMA PENSYARAH : PUAN NURUL FUADDI BINTI SULAIMAN

AHLI KUMPULAN :
  1. NUR SHAFFIRA ASHRINA BT MOHD SAUPI (02DSK18F1007)
  2. NUR AIDA RAHAH BT ROZMAN (02DSK18F1012)
  3. NURIZZAH ATIRAH BT MOHD KHAIDIR (02DSK18F1057)
  4. WAN FATIMAH AL ZAHRAH BT WAN ISMAIL (02DSK18F1044)
  5. ERAPUTRISYAHWATI BT SYAMSI (02DSK18F1030)

TAJUK : JELASKAN PERANAN PELAJAR DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN MELALUI INTEGRASI BUDAYA


PENGENALAN


Gambar Perpaduan Negara Mengukuhkan Perpaduan Negara Perpaduan Negara 56  Kumpulan Etnik, Adat Etnik, Mengukuhkan Perpaduan Negara, 56 Kumpulan Etnik  Latar belakang untuk Muat turun Percuma

Perpaduan dalam Islam bukan sekadar hubungan baik sesama Islam sahaja, malah merangkumi kepada kaum bukan islam jua. Sejarah di zaman Rasulullah S.A.W mencatatkan bahawa masyarakat yahudi dan kristian ketika itu hidup aman dan damai di Madinah Munawwarah, kerana hak mereka tidak dicerobohi oleh umat Islam. Kesan keadilan Islam inilah kelompok Islam yang awalnya minoriti menjadi majoriti apabila kaum bukan Islam beramai-ramai menganuti Islam kerana tertarik hati dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh umat Islam yang terserlah melalui akhlak dan perlakuan terpuji penganut-penganutnya.

 KONSEP

  • Perpaduan: Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap   anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.
  • Integrasi: Satu proses untuk mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Bagi Malaysia, perpaduan menjadi keutamaan yang tinggi untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni yang mana dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum,budaya serta agama. Kepentingan ini semakin terserlah apabila isu perkauman sering diperkatakan secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat. Perpaduan sesama masyarakat Islam dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 103 yang bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah ( agama Islam ) dan janganlah kamu bercerai-berai”.


Sebenarnya keutuhan perpaduan sesama masyarakat Islam tidak akan tercapai kecuali selepas terlaksana beberapa prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dalam kontek ini, pelajar juga berperanan mewujudkan perpaduan dalam kalangan mereka. Selain itu, boleh dimantapkan lagi dengan melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti saling menyayangi dan bersikap toleransi. Apabila berlaku sesuatu perbalahan antara kaum, pihak bertanggungjawab terutamanya kerajaan mestilah mengambil langkah  yang sewajarnya agar bibit-bibit persengketaan dapat dibendung dengan segera.


APAKAH PERANAN PELAJAR DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN MELALUI INTEGRASI BUDAYA ?

Dalam zaman pascakemerdekaan ini, isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, peranan setiap rakyat Malaysia diperlukan dalam memupuk dan menyemai semangat perpaduan di negara ini. Peranan ini tidak hanya diperuntukkan untuk orang dewasa sahaja tetapi untuk para pelajar juga agar mereka lebih menghayati dan seterusnya sentiasa mengamalkan sikap semangat perpaduan ini. Mari kita lihat apakah peranan pelajar dalam mewujudkan perpaduan melalui integrasi budaya di bawah 😇👇

Antara peranan pelajar dalam mewujudkan perpaduan melalui integrasi budaya ialah sikap saling menghormati antara satu sama lain. Sikap seperti ini adalah sikap yang murni dan sentiasa digalakan dalam setiap agama. Sekiranya pelajar menunjukkan sikap yang tidak baik terhadap pelajar lain, maka rasa hormat dan semangat bersatu padu itu tidak akan wujud dalam diri setiap pelajar. Sebagai contoh, menghormati rakan-rakan yang berbeza agama dan budaya supaya setiap pelajar dapat saling bersama- sama dalam melakukan pelbagai perkara seterusnya mendapat suasana belajar yang aman dan damai. Bak kata pepatah, sepakat membawa berkat.


Pelajar juga digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Walaubagaimanapun, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek .


Selain itu, sikap perkauman dan keagamaan perlu dielakkan dalam diri setiap orang pelajar. Usaha membentuk satu bangsa Malaysia amat mencabar kerana selepas kemerdekaan, masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang serius dan perlu diambil perhatian. Malaysia yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum pernah menghadapi masalah dan konflik kaum, Khasnya peristiwa 13Mei 1969.


  Sambutan hari perayaan, seperti hari raya, tahun baru cina dan deepavali di sambut di peringkat sekolah juga salah satu langkah yang berkesan bagi mengeratkan hubungan antara kaum. Sebagai contoh, pada sambutan hari raya kesemua yang hadir memakai pakaian tradisional melayu. Secara tidak langsung wujudnya semangat perpaduan dan tiada lagi sifat perkauman. Bukan itu sahaja, kaedah pembelajaran secara berkumpulan yang terdiri daripada kaum yang berbeza dapat mengeratkan lagi hubungan dan ia secara tidak langsung akan mewujudkan masyarakat yang penyayang di sekolah dan akan melahirkan perpaduan serta kesatuan yang kuat dalam kalangan pelajar.



KESIMPULAN

Pelajar bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Semua pihak hendaklah bersinergi umpama aur dengan tebing untuk merealisasikan wawasan dan gagasan besar negara. Kita tidak mahu generasi muda hari ini mengabaikan peranan mereka untuk memupuk perpaduan dan menghancurkan negara yang bakal diwarisi kelak. Iltizam dan kesungguhan remaja dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan semua negara yang bersatu padu, aman, maju dan berdaya saing di peringkat global. Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

RUJUKAN














Comments